href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Architects+Daughter rel='stylesheet' type='text/css'> BLOG CIKGU ZURAIDAH : PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN




SENARAI NILAI MURNI YANG PERLU DITERAPKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


1.             Baik Hati … sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.



2.            Berdikari … kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.



3.            Hemah Tinggi … budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.


4.             Hormat-menghormati … menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.

5.             Kasih Sayang … perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.

6.             Keadilan … perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah; termasuk juga saksama.

7.             Kebebasan … dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk pada peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan negara; terjelma melalui kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

8.             Keberanian … kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati; termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian, dan berani bertanggungjawab.

9.             Kebersihan Fizikal dan Mental … kebersihan diri dan kebersihan persekitaran; terjelma melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.

10.           Kejujuran … sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap benar, dan ikhlas.

11.           Kerajinan … usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.

12.          Kerjasama … usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.

13.           Kesederhanaan … sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat; secara umum sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

14.           Kesyukuran … perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai seseorang atau sesuatu. Nilai ini lebih berfokus kepada kesyukuran kepada Tuhan.

15.           Patriotisme … semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi negara.

16.           Rasional … dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.

17.           Semangat Bermasyarakat … kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.













A) Baca dan fahami petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

KETUPAT

                    Ketupat adalah antara makanan istemewa bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, ketupat dihidangkan pada situasi tertentu sahaja. Biasanya, makanan ini menjadi salah satu hidangan utama ketika sambutan hari raya.

                   Untuk membuat kelongsong ketupat, daun kelapa yang muda diperlukan bagi memudahkan proses anyaman. Mula-mula, daun kelapa ini perlu dipisahkan daripada lidinya. Selepas itu, daun ini dianyam untuk dibuat kelongsong. Terdapat beberapa jenis ketupat, iaitu ketupat jantung, ketupat bawang dan ketupat kerbau.

             Kemudian, kelongsong ketupat diisi dengan beras yang telah dibasuh dan dituskan. Beras diisikan kira-kira separuh kelongsong dan direbus. Ketupat ini perlu direbus selama lebih kurang empat jam. Semasa direbus, airnya semakin kurang. Oleh itu, air hendaklah ditambah dari semasa ke semasa.

 Ketupat yang telah dimasak dikeluarkan dari periuk dan dituskan. Langkah ini penting bagi mengelakkan daripada mudah menjadi basi. Ketupat perlu dipotong sebelum dihidangkan. Ketupat amat enak jika dimakan dengan rendang, kuah kacang atau serondeng.




1.    Bilakah ketupat dijadikan hidangan utama masyarakat Melayu ?
         ________________________________________________________

2.   Berapa jeniskah ketupat yang dinyatakan dalam petikan ?
         ________________________________________________________

3.   Berapa lamakah ketupat harus direbus ?
         ________________________________________________________ 

4.   Mengapakah ketupat harus dituskan selepas dikeluarkan dari periuk ?
         ________________________________________________________

5.   Mengapakah ketupat perlu mengambil masa yang lama untuk direbus ?
         ________________________________________________________


C) Lembaran kerja.


Rumuskan semula cara-cara membuat ketupat. Panjang rumusan anda lebih kurang 100 patah perkataan. Tulis rumusan dalam satu perenggan.



___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


D) Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam petikan dan bina ayat daripada penanda wacana tersebut.

1.    ________________________________________________________________________________________________________________________
2.   ________________________________________________________________________________________________________________________
3.   ________________________________________________________________________________________________________________________
4.   ________________________________________________________________________________________________________________________



E) Permainan menguji minda iaitu “Jigsaw puzzle”.
Susunkan keratan gambar yang diberikan untuk membina satu gambar.






Senaraikan nilai atau nilai murni atau pengajaran atau amalan baik dalam ayat yang di beri.


1.       Latifah dan Dayang bersama – sama membersihkan meja makan selepas makan  tengah hari.     (__________)

2.       Sang Kerbau berusaha mengangkat sebatang kayu yang menimpa badan buaya.  
(__________)



3.       Chong sangat gembira kerana ayah membelikannya sebuah basikal baharu kerana lulus peperiksaan.   (__________)

4.       Tan dan Afni kagum melihat keindahan pemandangan di hutan rekreasi Ulu Yam. 
(__________)



5.       Zulhelmi memulangkan semula duit lebihan yang tersilap diberikan oleh penjual itu.   
(__________)



6.       Amin berasa terharu atas kunjunga rakan – rakan yang melawatnya di hospital kerana mengalami kemalangan .   (__________)

7.       Rohana ditahan pengawas di pintu pagar sekolah kerana lewat sampai di sekolah.   (__________)

8.       Rasul cuba mengangkat kucing yang terjatuh ke dalam longkang itu namun tidak berjaya.   (__________)

9.       Amaluddin memasak makan tengah hari sementara menunggu rakan – rakan yang lain pulang ke kawasan perkhemahan.   (__________)

10.   Aziz dan Ikwan memberi nasihat kepada seorang budak lelaki yang telah ponteng sekolah di pasar raya.   (__________)

11.   Encik Shukri merupakan seorang anggota polis yang sering menjaga lalu lintas agar tidak berlaku kesesakan.   (__________)

12.   Shafie dan Aizam berbincang tentang persediaan untuk mengikuti perkhemahan yang akan mereka sertai.   (__________)

13.   Shuami dan Noh bercadang untuk berjoging pada hujung minggu ini di taman permainan.   (__________)

14.   Encik Ibrahim sedang menyampaikan ceramah kepad guru – guru yang sedang mengikuti bengkel  membuat soalan.   (__________)

15.   Puan Mimunah akan memastikan dirinya kemas dan bersedia sebelum ke pejabat.   (__________)

16.   Nadia dan Saiful bersama – sama menyapu sampah di halaman rumah mereka.   (__________)

17.   Malik dan Zakaria mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul setem dan lencana .   (__________)

18.   Encik Bakhari mengawasi pekerja-pekerjanya  yang sedang menjalankan tugas di pejabat.  (__________)

19.   Encik Ali dan Encik Abu berkongsi kereta pergi ke tempat kerja setiap hari.   (__________)

20.   Safiza menyimpan setem dan lencana yang berkumpul di dalam almari yang berkunci.   (__________)











Disediakan pada : 17 November 2012


No comments:

Post a Comment