href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Architects+Daughter rel='stylesheet' type='text/css'> BLOG CIKGU ZURAIDAH : KOLEKSI SOALAN

KOLEKSI SOALAN



 SOALAN BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (SET1)
                                  


Arahan Am : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1          Kebanyakan masalah yang timbul _____________________ kalangan pelajar pada hari ini berpunca daripada kurangnya disiplin diri.

            A         di
            B         oleh
            C         dalam
            D         di dalam


2          _________________________ masyarakat kita masih memandang rendah kepada golongan orang kurang upaya.

A         Setiap
            B         Semua
            C         Seluruh
            D         Sesetengah


Soalan 3 berdasarkan gambar 1








                       


                        Gambar 1

3          Sampah sarap telah ______________________ taman rekreasi itu.

            A         dikotori
            B         dikotorkan
            C         mengotori
            D         mengotorkan           

4          Pak Abu menangkap ikan dengan menggunakan ___________________ jala dan memasukkan hasil tangkapannya ke dalam ___________________ bakul rotan.

            A         sehelai … sebiji
            B         seutas … segelung
            C         serawan ... sebuah
            D         sekeping ... seketul


5          Sebelum sampai ke sekolah, anak-anak Orang Asli itu terpaksa _______________ air sungai yang dalam

            A         menyeberang
            B         meranduk
            C         meredah
            D         melalui


Soalan 6 berdasarkan Gambar 2







                        
                       
                          Gambar  2

6          Petani itu __________________ dua buah penyiram semasa menyiram sayur-sayuran di kebunnya.
           
            A         mengusung
            B         menjunjung
            C         membimbit
            D         mengandar

Soalan 7 berdasarkan gambar 3











                                    Gambar 3

7          Pak Hasan sedang __________________ papan itu sehingga licin.     
    
            A         meraut
            B         mengikis
            C         mengetam
            D         menggosok


Soalan 8 berdasarkan gambar 4







                                      
                           Gambar 4

8          Penduduk Kampung Bahagia mengalami kesukaran ke bandar berhampiran kerana _______________________ yang menghubungkan jalan itu telah roboh.
     
            A         titi
            B         jejantas
            C         jejambat
            D         jambatan

9          Hasliza telah belajar dengan bersungguh-sungguh. ________________, dia masih gagal dalam peperiksaan.
      
            A         Namun begitu
            B         Di samping itu
            C         Lebih-lebih lagi
            D         Apatah lagi

10        Membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan. ____________________, sikap membuang masa dapat kita elakkan.

            A         Akhirnya
            B         Kemudian
            C         Namun begitu
            D         Di samping itu

11        Ikan paus yang hanyut itu ___________________ oleh bot nelayan ke tengah Laut China Selatan.
           
            A         diheret
            B         ditunda
            C         dibawa
            D         ditolak

Soalan 12  berdasarkan Gambar  5
                                                                                                                 







                       
                                   


                     Gambar 5

12        Loceng yang dipakai Si Comel _________________ bunyinya.
           
            A         berdetik                      
            B         gemercik         
            C         berdenting
            D         gemerencing

13        Nasi di dalam periuk itu tidak __________________ sedikit pun kerana dimakan oleh abang yang _________________
           
            A         sisaan ... kehausan                  
            B         tersisa ... keletihan      
            C         bersisa ...kelaparan
            D         mensisa ... kebuluran


Soalan 14 berdasarkan gambar 6







    
                                    








Gambar 6

14        Pasukan sukarelawan itu sedang membantu mangsa gempa bumi di Acheh, Indenesia. _________________ melakukan tugas tersebut dengan ikhlas.

            A         Mereka                       
            B         Beliau 
            C         Kami
            D         Dia



15        Duit syilingnya jatuh ________________ di lantai.

            A         berhamburan  
            B         bercucuran      
            C         bertaburan
         
16        Kamal ____________________ akan datang sekiranya kamu menjemputnya.
           
A         memang
            B         hanya
            C         saja
            D         juga

Soalan 17  berdasarkan Gambar 7





                                                                                                  



                            
                                       
                             








Gambar 5

17        Malim ___________________ anak saudara Mak Cik Fatimah.

A         adalah
            B         ialah
C         ada

18        Kemelesetan ekonomi yang berlaku telah mengakibatkan syarikat-syarikat besar ___________________

            A         gulung tikar                            
            B         angkat kaki     
            C         atas angin

Soalan 19
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.

19        Walaupun Encik Hafizi tinggal di England selama sepuluh tahun, namun dia tidak lupa akan adat kita.
           
            A         Seperti cicak makan kapur
            B         Seperti kerbau dicucuk hidung
            C         Seperti embun di hujung rumput
            D         Seperti gagak pulang ke gagang
           
20        Program membendung kemiskinan menjadi agenda utama kerajaan kita.
            Perkataan seerti bagi membendung ialah

            A         menelan          
            B         mengawal
            C         menamatkan
            D         menghapuskan


2          Beriadah di pinggir air terjun amat mendamaikan.
            Perkataan berlawan bagi Beriadah ialah

A         Bekerja
B         Berjalan
C         Bersantai
D         Berkemas


Soalan 22 berdasarkan gambar 8








                                    Gambar 8


Pilih jawapan yang sesuai bagi soalan yang diberikan.

22        Siapakah yang menyampaikan cenderamata kepada tetamu ?          

A         Cenderamata kepada tetamu disampaikan oleh Guru Besar sebentar lagi.
B         Cenderamata kepada tetamu disampaikan oleh Guru Besar.
C         Tetamu menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar.
D         Majlis penyampaian cenderamata disampaikan oleh Guru Besar.

Soalan 23
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

23        Kurangnya perhatian yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak merupakan punca keruntuhan moral.
           
            A         Mengapakah ibu bapa memberikan perhatian terhadap anak-anak ?
B         Bilakah keruntuhan moral berlaku ?
C         Berapa lamakah ibu bapa memberikan perhatian terhadap anak-anak ?
D         Apakah punca keruntuhan moral ?

Soalan 24 hingga soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24        “ Yana, beritahu Zeti saya hendak berjumpa dengannya di bilik guru,” kata cikgu

A         Cikgu memberitahu Yana tentang pertemuannya dengan Zeti di bilik guru.
B         Cikgu meminta Yana memberitahu Zeti supaya pergi ke bilik guru.
C         Cikgu meminta bantuan Yana supaya memberitahu Zeti bahawa beliau ingin berjumpa dengannya di bilik guru.
D         Cikgu menyatakan bahawa dia akan berjumpa dengan Zeti di bilik guru kepada Yana.

Soalan 25 berdasarkan Gambar 9









                                                  
                              Gambar 9

25        “ Bagus, pencapaian kamu dalam semua mata pelajaran semakin baik,” kata Ramli kepada anaknya.

A         Encik Ramli memuji anaknya kerana pencapaiannya dalam semua mata pelajaran bertambah baik.
B         Encik Ramli tidak menyangka bahawa pencapaian anaknya dalam semua mata pelajaran semakin baik.
C         Encik Ramli berasa hairan dengan keputusan peperiksaan anaknya yang bertambah baik.

Soalan 26 hingga soalan 27
Pilih ayat-ayat yang mempunyai perkataan bergaris dengan betul.

26        I           Daun pintu itu ditutupnya dengan kuat.
            II         Daun telinganya bengkak kerana digigit semut api itu.
            III        Nelayan itu menghisap rokok daun sambil menyirat pukatnya yang koyak.
            IV        Ibu membersihkan daun kipas yang kotor dan berhabuk itu.

A         I dan II sahaja
B         III dan IV sahaja
C         I, II dan III sahaja
D         I, II, III dan IV


27        I           Pohon itu bergerak ditiup angin.
            II         Mereka sekeluarga telah bergerak ke luar negara malam tadi
            III        Hatinya bergerak hendak menziarahi ibunya di kampung.
            IV        Kita perlu bergerak jika ingin berjaya dalam peperiksaan.

            A         I, II, dan III sahaja
            B         I, II dan IV sahaja
C         I, III dan IV sahaja
D         II, III dan IV sahaja


Soalan 28 hingga soalan 30
Pilih ayat yang betul.

28        I           Kereta itu sangat laju jalannya.
            II         “ Saya menolong dengan ikhlas, tidak mengharapkan apa balasan,” kata Mira.
            III        Keadaan di dalam bilik itu panas kerana penghawa dinginnya rosak.
            IV        Ia menggalas sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg.

            A         I dan II sahaja
            B         I dan IV sahaja
            C         II dan III sahaja
            D         II dan IV sahaja
  
29        I           Meja itu diperbuat dari plastik, tetapi harganya agak mahal.
            II         Sesetengah remaja tidak pandai berdikari kerana terlalu bergantung pada ibu bapa.
            III        Berbagai acara telah dipertandingkan dalam temasya sukan itu.
            IV        Sudah satu jam setengah saya menunggu di sini, tetapi dia masih belum tiba.

A         I dan II sahaja
B         I dan IV sahaja
C         II dan III sahaja
D         II dan IV sahaja


30        I           Barang-barang elektrik yang dijual di bazar itu sungguh amat murah.
            II         Pekerja lebuh raya sedang memperlebar jalan menuju ke pekan Tangkak.
            III        Kamus ekabahasa yang baharu itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
            IV        Encik Jais dan keluarganya berada di Pulau Pangkor hanya seminggu sahaja.

A         I dan IV sahaja
B         II dan III sahaja
C         I, II dan III sahaja
D         II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

JELEBU, 27 Mac – Tiga sekawan maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Klawang Titi, di sini pagi kelmarin.

            Kejadian berlaku pada pukul 8.00 pagi ketika para penduduk tempatan sibuk untuk ke tempat kerja masing-masing. Kereta Proton Perdana yang dipandu laju oleh seorang jurujual telah terbabas lalu melanggar dua buah motosikal yang datang dari arah yang bertentangan. Kereta tersebut kemudiannya telah terhumban ke dalam parit yang berdekatan. Keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lebih kurang satu jam di kawasan tersebut.

            Timbalan Ketua Trafik Jelebu, Asisten Superitendan Jamal Nasir berkata, dua penunggang dan seorang pembonceng maut di tempat kejadian. Manakala dua penumpang kereta Proton Perdana dan seorang lagi pembonceng motosikal mengalami cedera parah. Pemandu kereta tersebut yang cedera ringan telah dirawat sebagai pesakit luar kemudiannya telah ditahan untuk disoal siasat.

            Pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan kelima-lima mangsa kemalangan yang tersepit di dalam kereta. Keadaan kereta yang terperosok ke dalam parit menyukarkan kerja-kerja untuk mengeluarkan mangsa yang cedera. Kelima-lima mangsa mati di tempat kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa kemalangan tersebut.

            Dua mangsa yang cedera parah hanya tinggal nyawa-nyawa ikan ketika dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan. Keadaan mereka masih belum diketahui setakat ini. Penumpang lain yang terselamat hanya mengalami luka-luka ringan dan dibawa ke klinik berhampiran.

            Menurut seorang saksi, “ Saya terdengar bunyi letupan yang kuat dan dapat melihat kereta Proton Perdana yang dipandu laju itu tersasar ke jalan yang bertentangan lalu melanggar kedua-dua buah motosikal rakan saya.”

            Menurut timbalan Ketua Trafik Jelebu lagi, kejadian kemalangan itu adalah kejadian kali yang keempat berlaku di tempat yang sama. Sebelum ini katanya, sebuah kereta bertembung dengan van, lori dengan teksi dan antara motosikal dengan motosikal yang menyebabkan jumlah kematian dalam kemalangan di tempat tersebut menjadi sepuluh orang kesemuanya.

31        Bilakah kemalangan itu berlaku ?

A         Pagi 26 Mac
            B         Pagi 27 Mac
            C         Petang 26 Mac
            D         Pagi kelmarin
           
           
32        Manakah antara yang berikut bukan faktor yang dapat menyebabkan sesuatu kemalangan terjadi ?

A         Pemanduan berhemat
            B         Memandu secara berbahaya
            C         Keadaan jalan yang buruk
            D         Mengantuk semasa memandu

33        Berapakah jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan ini ?

A         6 orang
            B         7 orang
            C         8 orang
            D         9 orang

34        Frasa nyawa-nyawa ikan dalam petikan bermaksud

A         tenat
            B         sakit
            C         koma
            D         pengsan

35        Semua yang berikut adalah benar tentang petikan berita di atas, kecuali

A         kemalangan maut kerap berlaku di Jalan Klawang Titi
            B         kemalangan berlaku selepas tayar kereta Proton Perdana itu meletup
            C         pemandu kereta tersebut telah menyebabkan empat kemalangan berlaku di Jalan Klawang Titi
            D         tiga orang termasuk pemandu kereta Proton Perdana mengalami kecederaan ringan.

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

            Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.Berdirinya saya di sini adalah untuk menyangkal dakwaan pembahas pertama sebentar tadi yang menyatakan bahawa “ Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama ”. Kami tidak bersetuju dengan pendapat itu.

Hadirin dan hadirat sekalian,

            Bagaimana kita hendak belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kerenah adik-beradik yang selalu mengganggu ketenteraman kita yang ingin belajar ? Siapakah yang ingin tinggal di rumah kalau selalu dileteri ? Semuanya ini akan terjawab dengan sendiri apabila kita tinggal di asrama. Di asrama kita tidak akan menghadapi masalah itu.Kita akan dapat belajar dengan aman dan tenteram.

            Di asrama, murid akan dilatih menggunakan masa dengan bijak. Murid di asrama disediakan jadual pembelajaran yang tersusun rapi dengan dibantu dan dibimbing oleh guru. Tempat mengulang kaji pelajaran yang selesa juga disediakan oleh pihak sekolah berbanding dengan tempat belajar di rumah seperti yang dinyatakan pembahas yang pertama tadi. Situasi ini tidak berlaku di rumah. Kita sering tidak dapat mengikut jadual yang kita buat kerana diganggu oleh adik-beradik kita atau kerja-kerja lain yang tidak sepatutnya kita lakukan.

            Seseorang murid akan dibentuk dan dilatih hidup berdikari sekiranya tinggal di asrama. Perkara ini akan menjadikan seseorang murid itu lebih berpengalaman dan tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Selain itu, setiap murid akan dilatih mendisiplinkan diri, terutamanya daripada segi pengagihan masa. Jika di rumah, murid lebih banyak membuang masa seperti menonton televisyen atau bermain permainan video.

            Suatu perkara yang tidak dapat kita nafikan adalah tentang prestasi akademik murid yang tinggal di asrama. Prestasi mereka adalah jauh lebih baik daripada murid yang tinggal di rumah. Hal ini demikian kerana masa untuk belajar adalah lebih terancang di samping banyak bahan pembelajaran terdapat di asrama. Oleh itu, segala masalah pembelajaran akan dapat diselesaikan dengan segera.

            Berdasarkan hujah-hujah tadi, jelaslah bahawa tajuk perbahasan pada hari ini sepatutnya ialah “Tinggal di Asrama adalah Jauh Lebih Baik daripada Tinggal di Rumah ”.

Sekian, terima kasih.

36        Berdasarkan petikan, siapakah yang menyampaikan pidato tersebut ?
           
            A         Peserta pertama pihak pencadang
            B         Peserta kedua pihak pencadang
            C         Peserta pertama pihak pembangkang
            D         Peserta terakhir pihak pembangkang

37        Manakah antara berikut yang dinyatakan oleh pihak pencadang dalam pertandingan perbahasan tersebut ?

            A         Kawasan asrama sangat luas
            B         Tiada kawalan disiplin di asrama
            C         Ada bahan pembelajaran di asrama
            D         Di rumah lebih selesa untuk belajar

38        Perkataan dileteri dalam petikan sesuai digantikan dengan perkataan

            A         dihukum
            B         dimarahi
            C         dikawali
            D         disumpahi

39        Apakah yang tidak diterangkan oleh pemidato untuk mengukuhkan hujah-hujahnya ?

            A         Jadual pembelajaran
            B         Gangguan pembelajaran
            C         Peningkatan disiplin diri
            D         Pencapaian pembelajaran

40        Apakah alasan yang diberikan oleh pemidato bagi mengukuhkan pendapatnya tentang penggunaan masa pembelajaran di kawasan asrama ?

            A         Jadual pembelajaran yang kemas
            B         Wujudnya kelas tambahan di asrama
            C         Banyak bahan pembelajaran terdapat di asrama
            D         Tempat untuk mengulangkaji pelajaran disediakan



KERTAS SOALAN TAMAT





SOALAN BAHASA MELAYU PENULISAN (SET 1)


BAHAGIAN A

[ masa yang dicadangkan : 15 minit ]

[ 10 markah]



Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.


________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN B

[Masa yang dicadangkan 40 minit ]
[ 30 markah ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis satu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
  
  1. Pihak sekolah kamu telah mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ceritakan suasana pada hari tersebut.
ATAU

2.         Kamu telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Melayu  di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah ’ Faedah Bersukan ’. Tuliskan syarahan kamu selengkapnya.

ATAU


3.         ‛ Aku Sebatang Pen ’. Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk tersebut.




No.Soalan : ___


______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN C
[ Masa yang dicadangkan 20 minit ]
[ 20 markah ]


Tuliskan lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Samsuri tinggal di Kampung Hujung Tanjung bersama-sama dengan adiknya yang berusia sepuluh tahun dan ibunya yang telah tua dan uzur. Dia hanya bekerja sebagai buruh kasar. Pendapatannya kecil dan tidak cukup untuk menanggung keluarganya. Walaupun demikian, dia mempunyai azam dan semangat kuat untuk mengubah nasib keluarganya.
Pada suatu hari, dia nekad untuk mengeluarkan simpananya yang tidak seberapa untuk dijadikan modal bagi menternak kambing. Adiknya, Samad selalu membantunya. Samsuri sangat gigih mengusahakan ternakannya. Seawal pagi, dia membersihkan kandang kambingnya dan memberi kambing-kambingnya makan rumput yang dicarinya di sekitar kampung.
Setelah beberapa tahun berlalu, hidup Samsuri sekeluarga semakin berubah. Dia menjadi usahawan berjaya namun dia tidak lupa daratan.Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu dan ringan tangan membantu penduduk yang susah.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________







SOALAN BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (SET 2)

1.                  “Tolong telefon setiausaha _______________ apabila ________________ sampai nanti,” kata Dato’ Rauf kepada pemandunya.



A   awak  … dia 
B   saya  …  kita
C   kamu  …  awak
D   kita  …  mereka


2.                  “Mengapakah _____________ bermuram durja? ______________ pergi bukannya lama," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

A   tuanku  …  Patik
B   baginda  …  Beta
C   hamba  …  Tuan hamba
D   tuan hamba  …  Hamba


      Soalan 3 berdasarkan gambar 1 

                         Gambar 3

3.                  Puan Roziati memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu ______________ .

A   lebar
B   besar
C   labuh

Soalan 4 berdasarkan gambar 2




Gambar 2

4.                  ______________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Senawang itu mengumumkan ketibaan tetamu khas.

A   Jurubahasa
B   Juruhebah
C   Jurucakap
D   Juruacara


5.                  Telah  ______________ lamanya nelayan itu hanyut di laut, akhirnya telah ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat.

A   sekalian
B   beberapa
C   berbagai-bagai
D   berminggu-minggu

   
6.                  Khairul memelihara _____________ lembu di hujung kampung.

A   sepasukan
B   sekandang
C   sekelompok
D   segerombolan


7.                  Mereka menampal notis itu ______________ papan kenyataan untuk perhatian semua murid.

A   di
B   ke
C   pada
D   dengan

Soalan 8 berdasarkan gambar 3

Gambar 3

8.                Kereta itu telah ________________ kerana terlibat dalam kemalangan dahsyat itu.

A   remuk
B   punah
C   ranap
D   habis



9.                  Hujah-hujah pihak pembangkang yang _______________ sukar dibidas oleh pihak pencadang.

A   kuat
B   lancar
C   mantap
D   unggul

Soalan 10 berdasarkan gambar  4
Gambar 4

10.               Hakim mahkamah itu telah  ______________ penjenayah itu hukuman penjara selama sepuluh tahun.
                   
A   dijatuhi
B   menjatuh
C   menjatuhi



                  D   menjatuhkan




11.                  Mawi ________________ lagu ’Aduh Saliha’ dengan penuh perasaan.

A   mendendangkan
B   menyembahkan
C   menunjukkan
D   melagukan


12.                  Bas yang sarat dengan penumpang itu tidak berhenti ______________ telah ditahan oleh murid-murid sekolah itu ______________ ada penumpang yang akan turun.

A   walaupun  ...  kecuali
B   jika  ...  sementara
C   walhal  ...  apabila
D   ketika  ...  hingga               


Soalan 13 berdasarkan gambar  5
Gambar 5

13.                  Fahmi ____________ tali itu hingga menjadi tegang.

A   mengait-gait

B   menarik-narik
C   menolak-nolak
D   menegang-negang


14.                  Pengganas komunis yang berjalan ______________ di kaki bukit itu diserang oleh pihak tentera.


A   berpindah-randah

B   berombak-ombak
C   tergagap-gagap
D   berdedai-dedai

15.       Antara tujuan _______________ itu adalah untuk mengetahui punca keciciran dalam kalangan pelajar di bandar besar.


A   soal siasat

B   soal jawab
C   kaji selidik
D   maklum balas  


Soalan 16 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

16.            Muhaimin  ______________ di belakang tiang supaya tidak boleh  ditemui oleh kakaknya.

A   menyamar

B   menyorok
C   berada


Soalan 17 berdasarkan gambar 7

Gambar 7

 17.      Orang itu mengutip wang daripada pelanggan _____________  itu bukan tugasnya.

A   maka
B   adapun
C   semoga
D   kendatipun


18.      Dua orang adik Sufiah telah _____________ kerana Sufiah sendiri masih belum berkahwin.

A   langkah bendul
B   langkah kanan
C   langkah seribu


Soalan 19 berdasarkan gambar 8
Gambar 8

19.      Perumpamaan yang paling sesuai berdasarkan gambar ialah ______________.

A         seperti enau dalam belukar
B         seperti tikus membaiki labu
C         seperti monyet mendapat bunga
D         seperti katak di bawah tempurung

20.      Suasana bertambah gamat apabila salah seorang penyerang handalan pasukan bola sepak                            itu menjaringkan gol kemenangan pasukannya.
      Pilih perkataan seerti bagi gamat.

A         riuh
B         penuh
C         kacau
D         hangat


Soalan 21 berdasarkan gambar 9
Gambar 9



21.                  Apakah perasaan yang berlawanan dengan situasi dalam gambar?


A         takut
B         sedih
C         resah
D         gembira


Soalan 22 hingga 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22.      I     Perang Dunia yang berlaku mengorbankan banyak nyawa.
          II    Kakak memakai gaun berwarna perang.
         III   Datuk mengasah perang supaya tajam.
         IV   Cahaya lampu itu sungguh perang.
          A    I dan II
          B    I dan III
          C    II dan III
          D    III dan IV


23.      I     Tayangan slaid itu menggunakan konduktor.
          II    Ah Peng seorang konduktor pakar di Institut Jantung Negara.
          III  Muthu telah menjadi konduktor bas sejak berumur 20 tahun lagi.
         IV   Rosyam memikul tanggungjawab sebagai konduktor persembahan koir.
          A    I dan III
          B    I dan IV
          C    II dan IV
         D    III dan IV

24.                   Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Apakah makanan kegemaran kamu?

A         Makanan kegemaran saya ialah mi bandung.
B         Ibu saya yang masak makanan kegemaran saya.
C         Saya membeli makanan ini di Warung Pak Harun.
D         Saya suka makan di restoran itu kerana makanannya sedap.


25.     Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat  di bawah.

Perompak yang telah menyamun kedai emas itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis semalam.

A         Berapakah jumlah perompak yang telah menyamun kedai emas itu?
B         Bilakah pihak polis berjaya menangkap perompak kedai emas itu?
C         Siapakah yang telah menyamun kedai emas itu semalam?
D         Bilakah kejadian rompakan kedai emas itu berlaku?


Soalan 26 hingga 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

26.      Penjaja itu memberitahu semua pelanggan bahawa sayur-sayurannya dijual
           dengan harga yang murah.

A         Penjaja itu diberitahu oleh semua pelanggannya bahawa harga sayur-
            sayuran itu berpatutan.
B         Semua pelanggan memberitahu penjaja itu bahawa sayur-sayuran yang
           dijualnya murah.
C         Penjaja sayur itu menjual sayur dengan harga yang murah kepada semua
           pelanggannya.
D         Semua pelanggannya telah diberitahu oleh penjaja sayur itu bahawa harga
            sayur-sayuran yang dijualnya adalah murah.



27.      Mak Esah melarang anak-anaknya bermain hujan di halaman rumahnya..

A         “Anak-anak saya tidak boleh bermain hujan di halaman rumah,” kata Mak Esah.
B         “Jangan bermain hujan di halaman rumah,” kata Mak Esah kepada anak-anaknya.
C         “Tolong larang anak-anak kita bermain hujan di halaman rumah,” kata Mak Esah.
D         “Kita hendaklah melarang anak-anak bermain hujan,” kata Mak Esah.


Soalan 28 hingga 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

    28.         A   Sila ambilkan buku itu.
B   Harap buang sampah merata-rata.
C   Tolonglah masuk, buat macam rumah sendiri.
D   Minta perhatian, masa menjawab tinggal sepuluh minit lagi.


29         I      Harga barang-barang di sini paling murah sekali.
     II    Kakak berasa sedih apabila terlantar di hospital.
     III   Emak menghidangi kuih-muih untuk tetamu.
     IV   Bangunan tertinggi di Malaysia ialah KLCC.
     A    I dan III
     B    II dan IV
     C    I, II dan III
     D    II, III dan IV


30         I      Kamu hendak pergi ke mana malam ini?
           II    Dia memberitahu berita itu ke orang tuanya di kampung.
     III   Untuk memajukan perniagaannya, Amri sanggup berbuat apa-apa sahaja.
     IV   Semua murid diminta membersihkan kelas masing-masing sebelum mula
            belajar.

     A    I dan II
     B    III dan IV
     C    I, III dan IV
     D    II, III dan IV

Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa aktiviti lawatan ini, kita banyak memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.

Pada cuti pertengahan tahun yang baru lalu, saya berpeluang melawat ke negeri Melaka. Tujuan utama lawatan adalah untuk melihat kesan-kesan peninggalan sejarah penjajah di kota itu. Para pelancong juga masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan sejarah tersebut.

Semasa saya berada di Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan peluang untuk melawat kota “A Farmosa”. Kota ini ialah kota yang dibina oleh para tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan tentera Portugis suatu masa dahulu. Walaupun kota ini telah mengalami kerosakan tetapi bahagian pintu kota ini masih kukuh dan terpelihara.

Selepas makan tengah hari, saya dan kawan-kawan meneruskan program lawatan. Kami melawat makam pahlawan-pahlawan Melaka. Antara lokasi lawatan kami ialah makam Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat makam Hang Tuah dan Perigi Hang Tuah. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air Perigi Hang Tuah ini dapat dijadikan penawar. Air perigi ini boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.

Pada sebelah malamnya pula, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk menikmati keenakan ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di kota penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, banyak pelancong asing yang turut menikmati keindahan malam di Melaka sambil menjamu selera.

Kira-kira pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan berangkat pulang. Kami berasa amat seronok mengikut program lawatan ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dan rakan-rakan telah peroleh. Melalui program lawatan ini, kami dapat melihat dan mengetahui tentang sejarah sesuatu tempat. Saya juga sedar betapa pentingnya menjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda akan datang. Warisan sejarah merupakan antara aset pelaburan sektor pelancongan negara kita yang tinggi nilainya. Lokasi-lokasi bersejarah ini menjadi tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara di samping mampu merealisasikan kempen ‘Melawat Malaysia’.


31        Pilih pernyataan yang benar tentang kota ‘A Farmosa’ berdasarkan petikan.

A         Dijadikan sebagai pelabuhan utama Melaka
B         Dijadikan sebagai istana Sultan Melayu Melaka
C          Dijadikan sebagai benteng pertahanan peperangan
            D         Dijadikan sebagai pusat pelancongan negeri Melaka


32        Penulis dan rakan-rakannya telah melawat tempat-tempat berikut kecuali

A         Kota A Formosa
B         Perigi Hang Jebat
C         Makam Hang Tuah
D         Bandar Hilir, Melaka


33        Penulis dan rakan-rakannya melawat Melaka Negeri Bersejarah pada

A         bulan Jun.
B         bulan Januari.
C         bulan Oktober.
D         bulan November.


34        Penulis dan rakan-rakannya pergi ke pekan Umbai untuk

A         bersarapan pagi.
B         minum petang.
C         makan malam.


35        Perkataan aset dalam petikan bermaksud

A         ciri
B         unit
C         idea
D         sistem


Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Makan nasi berulam pegaga,
 Pegaga dimasak bersama pinang;
Sejak kecil kita dijaga,
Dengan penuh kasih sayang.

Manis sungguh buah papaya,
Petik sebiji dibawa pulang;
Mereka berharap kita berjaya,
Agar cerah masa hadapan.

Singgah bersuka di Kota Melaka,
Berteduh di bawah pohon jejawi;
Hidup berjaya pada hari muka,
Berbakti kepada ibu pertiwi.

Tinggi sungguh pohon saga,
Berbanding dengan si pokok jati;
Ibu yang tua perlu dijaga,
Bapa yang uzur sama dirawati.

Tumbang sebatang pokok kelapa,
Potong daunnya jadikan anyaman;
Ingatlah kita jangan lupa,
Jasa keduanya tiada tandingan.


36        Tema puisi di atas adalah tentang

A         tanggungjawab keluarga
B         tanggungjawab anak
C         tanggungjawab bapa
D         tanggungjawab ibu


37        Apakah yang diharapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka?

A         Berlumba untuk mencapai kejayaan
B         Bergembira dalam kehidupan
C         Berusaha untuk kedamaian
D         Berjaya dalam pelajaran



38        Pembayang rangkap keempat dan kelima puisi berkaitan dengan 

A         tumbuh-tumbuhan
B         tempat berteduh
C         kasih sayang
D         kesihatan


39        Maksud ibu pertiwi dalam puisi di atas ialah

A         bangsa
B         kerajaan
C         ibu bapa
D         tanah air


40        Mengapakah kita perlu mengingati kedua-dua ibu bapa?

A         Mereka kurang pendapatan
B         Mereka kurang pelajaran
C         Mereka telah berjasa
D         Mereka telah uzur






KERTAS SOALAN TAMAT




SOALAN BAHASA MELAYU PENULISAN (SET2)









Disediakan pada : 18 November 2012



No comments:

Post a Comment