href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Architects+Daughter rel='stylesheet' type='text/css'> BLOG CIKGU ZURAIDAH : ISU - ISU SEMASA

ISU - ISU SEMASA


Trend  Bahasa  Ringkas  SMS  Pengaruhi  Pelajar  Membimbangkan

PAGOH 20 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua pihak agar memandang serius trend pengunaan bahasa 'moden' yang ringkas dan singkat oleh golongan pelajar pada masa ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun trend itu fenomena global, namun penggunaannya tidak harus mencemarkan bahasa standard khususnya dalam bidang pendidikan.

"Untuk membolehkan pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa lain tidak tercemar, guru-guru di sekolah perlu ingatkan pelajar supaya membuat karangan dan jawab soalan dengan menggunakan ejaan standard seperti yang ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Kita tahu walaupun daripada segi perhubungan ini fenomena global dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tak boleh panjang untuk jimat dan bahasa ringkas. Daripada segi komunikasi kita faham dan saya harap jangan terpengaruh sangat dan tidak guna singkatan dalam proses pembelajaran," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas trend golongan pelajar yang banyak menggunakan singkatan dalam komunikasi harian terutamanya dalam SMS yang dihantar. Muhyiddin ditemui selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.

Ditanya mengenai persiapan menghadapi banjir, Timbalan Perdana Menteri berkata, semua jabatan dan agensi yang berkaitan telah diarahkan bersedia menghadapi bencana itu. Menurutnya, Jabatan Meteorologi menjangkakan musim tengkujuh tahun ini lebih awal dan meminta orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan jawatankuasa banjir di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah diminta bersedia dengan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa banjir dan menyimpan stok makanan bagi menghadapi bencana itu.
Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat dan menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan khususnya kaum bumiputera menjadi peniaga kecil dan sederhana (PKS) dan telah memperuntukkan dana yang banyak iaitu RM16.1 bilion bagi tempoh 2006 hingga 2012.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121021/dn_03/Trend-bahasa-ringkas-SMS-pengaruhi-pelajar-membimbangkan#ixzz2BRQlch8G 




© Utusan Melayu (M) Bhd 






ISU SEMASA BAHASA MELAYU 

Bagaimanakah Bahasa Melayu boleh berfungsi secara berterusan sebagai bahasa perpaduan?

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi mahupun tidak rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Bukti terbaru, Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru- baru ini.
Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur Bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.
Rentetan itu, Bahasa Melayu berfungsi sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.
Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.
Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta (Sanskrit). Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti ‘dinossours’ yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.
Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.
Gerakan “Cintailah Bahasa Kita” yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Terkini Bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi dan mendasari pentadbiran negara. Status sebagai bahasa Kebangsaan menyebabkan fungsinya digunakan dengan meluas dan berkesan di semua jabatan-jabatan kerajaan, swasta, dan badan-badan berkanun.
Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato Bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan Bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja dalam masyarakat dunia.
Menelosori perkembangan isu semasa berkaitan Bahasa Kebangsaan ini, amatlah wajar untuk saya katakan bahawa Bahasa Melayu kini masih lagi dapat bertahan memainkan peranannya sebagai lingua franca selagi mana tiada pencerobohan oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

SYABAS DAN TAHNIAH!




Adiwarna oleh;



Saiful Hisyam Mamat PISMP Pengajian Melayu – P2B


Olimpik Robot Dunia di KL 2012



PUTRAJAYA 3 Nov. - Kementerian Pelajaran berhasrat menganjurkan Olimpik Robot Dunia (WRO) di Kuala Lumpur pada 2012.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, ini kerana kejohanan itu mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar di samping mengukuhkan konsep pembelajaran sains dan matematik yang dipelajari.

Katanya, ia sekali gus dapat mengembangkan potensi kreativiti, kemahiran membuat keputusan dan bijak menyelesaikan masalah serta kemahiran berfikir melalui penggunaan komputer untuk memprogramkan robot masing-masing.

"Sekiranya dipersetujui pada satu mesyuarat yang akan diadakan, pertandingan peringkat dunia ini boleh dianjurkan pula di Kuala Lumpur pada 2012.

"Sokongan yang diberikan oleh kementerian pada asalnya bertujuan memupuk minat pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam bidang robotik, namun ia dilihat boleh membuka peluang untuk pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran secara praktikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada pasukan Malaysia ke WRO 2010 di Manila, Filipina di sini hari ini.

Sebanyak 13 pasukan terpilih menyertai kejohanan itu, y
ang akan berlangsung pada 5 hingga 7 November setelah mereka menjuarai kategori masing-masing pada kejohanan peringkat kebangsaan yang berakhir 30 September lalu.

Pada kejohanan di Korea Selatan tahun lalu, Malaysia memperoleh kejayaan membanggakan apabila berjaya muncul juara keseluruhan.



Bahasa untuk kesaksamaan rakyat di seluruh 

Nusantara

Sasterawan Indonesia terkenal yang novelnya dalam tahun 70-an menjadi buku teks di Malaysia, Pramoedya Ananta Toer pernah ditanya mengapa beliau menulis dalam bahasa Melayu dan bukannya Jawa.
Persoalan itu timbul kerana ketika beliau mula menulis, pada masa itu bahasa Melayu belum mantap sebagai Bahasa Indonesia.
Oleh kerana Pramoedya adalah orang Jawa dengan bilangan penutur bahasa itu sangat tinggi, jauh lebih banyak daripada pengguna bahasa Melayu, maka sewajarnya beliau menulis dalam bahasa ibundanya.
Tambahan pula bahasa Jawa mempunyai tradisi kesusasteraan yang tinggi dan kompleks, maka untuk memilih Jawa sebagai bahasa penulisan, maka ia dapat difahami.
Lebih-lebih lagi dengan Pramoedya mahu menulis kepada pembaca di kalangan penduduk ramai, maka memilih Jawa sebagai bahasa penulisannya juga bukanlah sesuatu yang pelik.
Namun, jawapan beliau terhadap soalan itu menunjukkan bahawa memilih Melayu sebagai bahasa penulisannya adalah kerana pegangannya terhadap fahaman kesaksamaan antara manusia.
Ini kerana menurutnya bahasa Jawa mempunyai pelbagai lapis dan sesuai untuk masyarakat yang mempunyai banyak kelas dan kasta. Bahasa yang dituturkan oleh mereka yang berkelas rendah berbeza dengan peringkat di atas. Begitu juga apabila seseorang di peringkat rendah bercakap pada orang yang berpangkat lebih tinggi. Begitu juga dengan orang yang berkedudukan lebih tinggi bercakap pada mereka yang lebih rendah. Semuanya menggunakan bahasa yang berbeza.
Lantaran itu, menurut Pramoedya beliau memilih untuk menulis dalam, bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu bersifat kesaksamaan atau egalitarian. Semua penutur bahasa Melayu adalah setaraf. Walaupun dalam penggunaan bahasa, tentunya ada cara yang bersopan.
Sememangnya bahasa Melayu mempunyai banyak ciri istimewa yang mendorong banyak orang menjadikannya sebagai bahasa mereka. Sifatnya yang mudah, kesaksamaan dan boleh lentur menjadikan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa perantara di wilayah kepulauan Asia Tenggara mulai dari zaman Sri Wijaya lagi. Sedangkan pada asalnya bahasa ini bermula dari sebuah kerajaan kecil Hindu-Buddha bernama Malayu di hulu Sungai Batanghari, Jambi, Sumatera.
Pada zaman Kesultanan Melaka, bahasa Melayu mula menggunakan tulisan jawi. Apabila Belanda menguasai Sumatera dan Jawa, mereka memilih Melayu sebagai bahasa pentadbiran penjajahan kerana kegagalan pegawai-pegawai peribumi menguasai bahasa Belanda dengan baik.
Maka mulai tahun 1896, diperkenalkanlah tulisan rumi bagi bahasa Melayu untuk Hindia Timur. Pada tahun 1901, bahasa Melayu Hindia Timur mengambil ejaan Van Ophuijsen. Sedangkan di Tanah Melayu, ejaan rumi yang diperkenalkan dibuat oleh Wilkinson pada tahun 1904. Inggeris juga mengambil Melayu sebagai bahasa pentadbiran penjajahannya.
Penjajah
Tetapi ironinya, usaha penjajah untuk meluaskan bahasa Melayu di Hindia Belanda menjadikannya bahasa perjuangan kemerdekaan.
Belanda telah melancarkan progran Taman Pustaka yang memperlihatkan penubuhan 700 perpustakaan dalam masa dua tahun di seluruh tanah jajahannya. Ini semua membantu perkembangan bahasa Melayu.
Maka tidak hairanlah pada 28 Oktober 1928, Muhammad Yamin mengusulkan bahasa Melayu menjadi Bahasa Indonesia. Kongres menyetujui pemilihan bahasa Melayu dan bukannya Jawa walaupun ada sebahagian peserta kongres itu tidak mengetahui bahasa Melayu. Golongan elit dan terpelajar masa itu menggunakan bahasa Belanda,
Maka sejak itu, bahasa Melayu menjadi Bahasa Indonesia. Ia bukan semata-mata bahasa perantara dan penyatuan, tidak kurang pentingnya ia adalah bahasa kesaksamaan. Dengan menggunakan bahasa Indonesia, seluruh rakyatnya adalah setaraf. Tidak seperti pada zaman penjajahan di mana golongan elit menggunakan bahasa Belanda, dan golongan feudal di Jawa menggunakan bahasa bangsawan.
Ketika Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1945, Tanah Melayu masih dijajah.
Tetapi angin kemerdekaan sampai juga ke Singapura dan Tanah Melayu. Buku-buku sastera Indonesia termasuk tulisan Pramoedya sampai juga ke kedai-kedai buku dan perpustakaan di Singapura dan Tanah Melayu.
Maka lahirlah juga penulis-penulis Melayu. Di Singapura, mereka menubuhkan Angkaran Sasterawan 50 (ASAS 50). Mereka mengadakan Kongres Bahasa dan menyediakan memorandum resolusi. Memorandum ini dijadikan buku dan diterbitkan oleh Oxford Universiti Press Singapura.
Antara isi memorandum itu ialah menuntut supaya bahasa Melayu bertulisan rumi dijadikan bahasa kebangsaan.
Ternyata apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.
Maknanya pada tahun 1957, dua negara di dunia mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tetapi di Indonesia, ia sudah tidak dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi dinamakan Bahasa Indonesia. Penggunaan nama Bahasa Indonesia ini penting supaya semua warganegara Indonesia yang kebanyakan bahasa ibunda mereka bukan Melayu berasa pemilikan bersama.
Tetapi di Tanah Melayu, bahasa kebangsaannya masih bernama bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, Tanah Melayu dinamakan Malaya dan bahasa Melayu dipanggil Malay.
Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 banyak rakyatnya yang bukan terdiri daripada orang Melayu terutama di Singapura. Tanah Melayu dan Malaya digantikan dengan istilah Malaysia Barat dan kemudian menjadi Semenanjung Malaysia.
Maka serentak itu juga, bahasa Melayu ditukar menjadi Bahasa Malaysia.
Seperti Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia juga membawa mesej kesaksamaan. Dari Aceh ke Papua Barat, Bahasa Indonesia digunakan secara saksama. Begitu juga dari Perlis hingga ke Sabah bagi Bahasa Malaysia.
Kedua-duanya tetap bahasa Melayu. Tetapi dengan nama Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia, ia mempunyai misi kesaksamaan di kalangan rakyat.
Masa depan kedua-dua bahasa juga adalah gandingan dan gabungan bersama.



No comments:

Post a Comment