href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Architects+Daughter rel='stylesheet' type='text/css'> BLOG CIKGU ZURAIDAH : BAHASA PUITIS

BAHASA PUITIS

       HORMAT


PANTUN
Pohon bamboo tinggi bertumbuh,
Makin tinggi makin subur,
Hormat-menghormati berakal sungguh,
Rendah tabiat bertingkah luhur.


PERIBAHASA
Masuk kandang kembing mengembek,
Masuk kandang kerbau menguak.

Maksud :
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.


MUTIARA KATA
Semulia-mulia menusia ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan
(Khalifah Bani Umayyah Ke-5)

Oleh itu, amatlah mustahak begi kita smua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memehami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
(Perdana Menteri Malaysia Pertama)


        RENDAH HATI


PANTUN
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk,
Rendah hati resminya padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

PERIBAHASA
Jikalau ular menyusur akar,
Tidak akan hilang bisanya.
Maksud:
Orang mulia tidak menjadi hina sekiranya merendah diri.


MUTIARA KATA
Dan kami akan memberikan ganjaran kepada org yang bersyukur.
Maksud Surah Ali Imran, Ayat 145

Sesetengah pintar yang disertai tawaduk (rendah hati) lebih disenangi oleh hati manusia dan lebih bermanfaat bagi masyarakat dibandingkan dengan kecerdasan dan kepandaian yang tinggi yang disertai dengan kesombongan.
Dr. Musthafa Assibai
(Ulama dan Mujahid terkenal Syria)



      KESEDERHANAAN


PANTUN
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak serta raginya,
Terap kesederhanaan diri yang cantik,
Lebih indah diserta budinya.

PERIBAHASA
Terlampau duka terurah buntil,
Terlampau suka terurah rahsia.
Maksud:
Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal.
(urah:bongkar ; buntil:kantung daripada kain)


MUTIARA KATA
Yakinlah! Cahaya kebenara, tidak mungkin terlindung selama-lamanya oleh kabus kepalsuan. Kejayaan kita adalah kejayaan perjuangan yang mengamalkan kesederhanaan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi
(Perdana Menteri Malaysia ke-5)

Dan orang-orang yang apabila berbelanja(harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
Maksud Surah al-Furqan, Ayat 67




BERBUDI BAHASA

PANTUN
Pergi ke kebun menanam keladi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

PERIBAHASA
Yang merah itu saga, yang kurik itu kundi,
Yang indah itu bahasa, yang cantik itu budi.
Maksud:
Budi bahasa merupakan sesuatu yang indah dan perlu disematkan. Meskipun tidak dapat dilihat, tapi kesan berbudi bahasa dapat dirasa.


MUTIARA KATA
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada dab dan pertanyaany, bukan daripada jawapan-jawapannya.
Voltaire
(Ahli Falsafah Perancis abad ke-18)

Sebagai satu bangsa yang bermaruah, adalah pentin untuk kita berkebolehan melalui sistem hidup yang lembut dan tahu menghargai budi ataupun sumbangan ataupun yang faedah yang baik yang disalurkan kepada kumpulan dan individu.
                                                        Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
(Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan)




PEPATAH DARIPADA PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

TABIAT KERJA

rajin bercakap, rajin bekerja
BAGUS

rajin bekerja, malas cakap
KENA BULI

malas bekerja, rajin bercakap
WAYANG CINA

malas bekerja, malas bercakap
TAK GUNA

malas bekerja, suka mengadu
NYAMUK

malas bekerja, selalu ponteng
BAIK BERHENTI

malas bekerja, suka menyibuk
BAIK MATI

oleh Profesor Diraja Ungku Aziz




No comments:

Post a Comment